Sejarah penemuan
Sinar-X (atau X-ray)
telah ditemui oleh seorang Profesor Fizik berbangsa Jerman yang bertugas di
Universiti Wurzburg, Bavaria, Wilhelm Conrad Röntgen pada 8hb November, 1895. Beliau
mendapati sinar ini mempunyai kebolehan menakjubkan iaitu menghasilkan imej di
atas filem fotografi setelah menembusi tisu, pakaian dan logam.
Menerusi kajiannnya, Roentgen mendapati hablur garam barium platinosianida
bersinar apabila di letakkan berdekatan dengan tiub sinar katod yang ditutup.
Ia juga mendapati plat foto yang ditutup diletakan berdekatan dengan sinar
katod akan menjadi hitam. Dari sini kesimpulan dapat di buat bahawa X-ray tidak
boleh dilihat, bergerak dalam garis lurus dan mempunyai daya penembusan yang
tinggi, iaitu dapat menembusi objek yang legap bagi sinar cahaya biasa. Wilhelm
Conrad Röntgen yang lahir pada 25 Mac 1845 adalah yang mula-mula menemui X-ray.
Selepas itu, Roentgen menunjukkan sinar ini datang dari dinding kaca
berpendaflour cahaya apabila sinar katod terkena padanya. Untuk mengesahkan
penemuan ini, beliau telah menjalankan satu eksperimen ringkas. Dalam
eksperimen ini beliau meletakkan satu skrin yang di lapisi dengan barium platinosianida
dalam lintasan X-ray. skrin ini di dapati bersinar apabila terkena pada X-ray
ini. Dengan meletak tangan beliau diantara tiub sinar katod dan skrin, satu
bayang tangan dengan tulang-tulang di dalamnya jelas kelihatan dalam skrin ini.
Ini dapat membuktikan bahawa X-ray yang terkeluar dari tiub sinar katod
mempunyai kuasa penembusan yang tinggi.
Penghasilan X-ray
X-ray dihasilkan apabila elektron bergerak pada kelajuan yang tinggi dan
secara tiba-tiba berlaku perubahan dari segi kelajuan. Semua ini berlaku di dalam
sebuah tiub x-ray. Di dalam sebuah tiub x-ray terdapat katod (-) yang merupakan
sebuah filamen yang dipanaskan oleh tenaga elektrik. Pemanasan yang berlaku
menyebabkan elektron dihasilkan dari filemen. Ini semua berlaku untuk
persediaan elektron bagi di pecutkan untuk mendapatkan sinaran-X. X-ray yang
dihasilkan dengan tenaga 20-40 keV mempunyai panjang gelombang 10-7 cm
dan sinar ini dikatakan X-ray lembut (soft- rays). X-ray yang dihasilkan dengan
40-125 keV mempunyai gelombang 10-8 cm. Sinar ini kerap digunakan untuk pemeriksaan x-ray
diagnostik, manakala panjang gelombang yang lebih pendek lagi yang dihasilkan
dengan tenaga 200-1000 keV digunakan dalam rawatan radioterapi yang lebih dalam
(deep radiotheraphy). Sinar ini biasanya berukuran < 10-8 cm (hard-rays).
Dalam ilmu kedokteran, sinar x dapat digunakan untuk melihat kondisi
tulang, gigi serta organ tubuh yang lain tanpa melakukun pembedahan langsung
pada tubuh pasien.
Biasanya, masyarakat awam menyebutnya dengan sebutan ‘’FOTO
RONTGEN’’. Selain bermanfaat, X-ray mempunyai efek/dampak yang sangat
berbahaya bagi tubuh kita yaitu apabila di gunakan secara berlebihan maka akan
dapat menimbulkan penyakit yang berbahaya, misalnya kanker. Oleh sebab itu para
dokter tidak menganjurkan terlalu sering memakai ‘’FOTO RONTGEN’’ secara
berlebihan.
KERUGIAN X-ray
Setelah Roentgen memperlihatkan hasil pemotretan dengan X-ray terhadap
tangan istrinya yang memakai cincin, dimana pada gambar tersebut
terlihat dengan jelas ruas-ruas tulang jari tangannya, maka manusia mulai
menyadari akan manfaat besar yang dapat diperoleh dari pemenuan radiasi pengion
tadi. Pemanfaatan radiasi pengion dalam bidang kedokteran, terutama X-ray,
berkembang pesat beberapa saat setelah penemuan radiasi tersebut. Penguasaan
pengetahuan mengenai radiasi pengion oleh umat manusia yang terus meningkat
dari waktu ke waktu juga memungkinkan dimanfaatkannya radiasi tersebut dalam
berbagai bidang kegiatan di luar kedokteran, di samping pemanfaatan-nya di
dalam bidang kedokteran sendiri juga terus mengalami peningkatan.
Beberapa efek merugikan yang muncul pada tubuh manusia karena terpapari X-ray
dan gamma segera teramati beberapa saat setelah penemuan kedua jenis radiasi
tersebut. Efek merugikan tersebut berupa kerontokan rambut dan kerusakan kulit.
Pada tahun 1897 di Amerika Serikat dilaporkan adanya 69 kasus kerusakan kulit
yang disebabkan oleh X-ray, sedang pada tahun 1902 angka yang dilaporkan
meningkat menjadi 170 kasus. Pada tahun 1911 di Jerman juga dilaporkan adanya
94 kasus tumor yang disebabkan oleh sinar-X. Meskipun beberapa efek merugikan
dari sinar-X dan gamma telah teramati, namun upaya perlindungan terhadap bahaya
penyinaran sinar-X dan gamma belum terfikirkan. Marie Curie, penemu bahan
radioaktif Po dan Ra meninggal pada tahun 1934 akibat terserang oleh leukemia.
Penyakit tersebut besar kemungkinan akibat paparan radiasi karena seringnya
beliau berhubungan dengan bahan-bahan radioaktif.
KEGUNAAN SINAR X
Perobatan• Sinar-X lembut digunakan untuk mengambil gambar foto yang dikenal sebagai
radiograf. Sinar-X boleh menembusi badan manusia tetapi diserap oleh bahagian
yang lebih tumpat seperti tulang. Gambar foto sinar-X digunakan untuk mengesan
kecacatan tulang, mengesan tulang yang patah dan menyiasat keadaan organ-organ
dalam badan.
• Sinar-X keras digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Kaedah ini
dikenal sebagai radioterapi.
Perindustri
Dalam bidang perindustrian, sinar-X boleh digunakan untuk,
· Mengesan kecacatan dalam struktur binaan atau
bagian-bagian dalam mesin dan enjin.
• menyiasat rekahan dalam paip logam, dinding konkrit dan dandang tekanan tinggi.memeriksa retakan dalam struktur plastik dan getah.
Penyelidikan
• Sinar-X digunakan untuk menyelidik struktur hablur dan jarak pemisahan antara atom-atom dalam suatu bahan hablur.
• menyiasat rekahan dalam paip logam, dinding konkrit dan dandang tekanan tinggi.memeriksa retakan dalam struktur plastik dan getah.
Penyelidikan
• Sinar-X digunakan untuk menyelidik struktur hablur dan jarak pemisahan antara atom-atom dalam suatu bahan hablur.
Kesan Sinar-X
Walaupun sinar-X sangat berguna kepada manusia, tetapi pendedahan secara berlebihan kepada sinar-X mungkin menyebabkan,
· pemusnahan sel-sel dalam badan.
· perubahan struktur genetik suatu sel.
· penyakit kanser barah.
· kesan-kesan buruk seperti rambut gugur, kulit menjadi
merah dan berbisul.
Sifat-sifat sinar-X
Pancaran sinar-X dapat diperolehi daripada sejenis alat elektronik yang
dinamakan tiub x-ray. Daripada kajian ahli sains didapati sinar-X mempunyai
sifat-sifat tertentu yang dapat dibahagikan kepada sifat biasa dan sifat khas.
a) Sifat biasa
Sinar-X bergerak laju dan lurus.
Tidak boleh difokus oleh kanta atau cermin dan tidak boleh dipesong oleh
medan magnet sekitar arah tuju yang dilaluinya.
Mematuhi peraturan ‘Hukum Kuasa Dua Songsang’ iaitu keamatan sinar berubah
dengan kuasa dua songsang jarak daripada punca pancaran.
b) Sifat khas
Keupayaan menembusi jirim padat.
Kesan pendarcahaya - memberikan kesan cahaya kepada sebatian kimia seperti
zink sulfida, kalsium tungstat dan barium platinosiamida.
Kesan fotografi - memberikan penghitaman kepada filem apabila didedah
kepada sinar-X.
Kesan pengionan - alur sinar-X yang lintas melalui gas memindahkan
tenaganya kepada molekul-molekul yang seterusnya akan berpecah kepada zarah
yang bercas positif dan negatif.Kesan biologi - sinar-X bertindak dengan
kesemua tisu hidup yang terdapat dalam badan.
Source: http://agenacemaxsjateng.blogspot.com/2013/04/sejarah-bahaya-dan-kegunaan-sinar-x-ray.html